Friday, August 14, 2009

warkah buat mu... erk???

maafkan aku sebab tak reply message ko hari tu. *wah, skema ayat*

reason, aku terbangun lambat. sampai ofis dah kelam kabut buat kerja itu ini. and sudey terlupa nak reply message, bila aku tersedar jam sudah pun pukul 11. ko dah pun naik flight masa tu kan..

a night before, aku janji nak call ko lagi kan. damn it! aku lupa la beb...balik kerja dah pukul berapa, aku guling-guling teros tido. dalam hati janji esok aku message ko....alamat nye tak message jugak.

aku janji nak post gambar kite kan, until ko komen kat blog. aku masih lagi tak sempat nak post apa-apa mahupun reply ko punya komen... ya Ampun ye sayang... *eewww, jangan muntah hijau sudey*

so hari ni, aku cuti dapat la goreng semahunye tuk ko.hehe.

so here, my 8 years-never-meet-each-other-BFF.

cukup untuk aku simpulkan, walaupun 8 tahun tak bertemu muka, kita masih orang yang sama.yang gelak tanpa henti. yang memahami each other, my 12years-stood-still-BFF.

oh ya, bayangkan kami mengwrap-up our eight years stories dalam masa 4 jam. dah macam bertih jagung dah mulut masing-masing membebel.hehehe....and paling gembire, she told me, shes getting married insyaAllah next year...lagi awal dari aku gamaknye! apa pun darling im more than happy to hear ur great news.

tengok jelah kebertihan aku.hehe

time ni aku suh die tnjuk aku, mase aku angkat ibu jari. paham-paham sendiri ye?hakhak

haa, amek ni cekikkan sayang dari aku

apa tu, tak macam peace pun!

p/s: u know who you are.. =)

Sunday, August 9, 2009

takot.

huh.takut sgt nak datang opis esok.

huhuhu...

=(

Saturday, August 1, 2009

Mat Jun kahwin

Pagi tu, awal-awal lagi dah bangun.mandi and bersiap-siap. Pergi kerja pun tak bangun seawal ini.hehe. Agenda Mekarians people, nak ke kenduri one of our coursemate, Mat Jun di Kedah.Korang layan jelah gambar kay. to be true, memang dah lama dah kenduri ni. tapi aku baru nak hegeh-hegeh update blog.hehe.lately kerja banyak, rungsing sangat-sangat. so ni lah ada sikit-sikit gambar yang aku tangkap.

kami ber4, satu kereta. sangat santai and lawak berbual dengan dorg.Mat Jun & wife, Alia
Alia,sweet je kan
sesi amek berkat... :p

girls...
malam harinya, kami melepak di char kuey teow stall. lepas tu, camwhore di bilik. gambar adalah sulit & peribadi.hehehe...

pagi tu bangun, pergi pasar pagi kat Penang, mak datok..sedapnya food diorang. macam-macam ada, nyum-nyum.

esoknya ke feringi, tapi air pasang. tak boleh nak mandi...
posing same aku kalau jumpa air laut. tak paham ape yang aku nak buat.hehe
aku tumpang kereta yoi (lelaki di atas) sebab kena halau dari kereta MF. huhu
erk..

Gambar kat line clear nasik kandar tak tangkap pulak.masa tu dah lapar kot.hehehe

Ni pulak gambar atas ferri. nak pulang dah..
cam feri sendiri.


sebelum sampai kl, singgah rumah yoi. mak yoi masak laksa yang lazat, thanks mak cik. *yang tudung biru tu*pukul 12 tgh malam baru sampai putrajaya...and tidur sampai siang. penat.

THANKS KAWAN-KAWAN. Weekend yang masyuk walaupun hujian sepanjang perjalanan perg...love y'all

Selamat Pengantin Baru Mat Jun & Alia.

Monday, July 20, 2009

kawan dari kecik

i cant help myself, but tersenyum sampai ke telinga.

ayah telefon tadi,

ayah : fazlin ni siapa?

aku blur jap. fazlin mane plak ni.


ayah lagi : die sms ayah mintak no fon.


aku berfikir jap...fazlin mntak no aku dari ayah?then i recall.....its FAZLEEN act. hahaha


aku: mana die dapat no ayah?


ayah: dr aunty die lah kot. *ayah-aunty dia adalah skoolmet berpuloh tahun lepas*


then aku pun tersenyum sampai telingaa....good sign, shes back from UK!!

i mish u babe. *amek ko kaler merah, perasaan aku betol2 neh*


mane ko ni, masih x kol atau msg aku!???


p/s: oh Tuhan, plis help Malaysia to win tonite..or Amri Yahyah plis rembat goal barang sedas dua..hahaha .Haha.sowiee MF, aku supporter Malaysia. haha...


;p

waaa...terlalu bnyk nk updet,

buat aku gemuruh....

haha. tak memasal jek ;P

Thursday, July 16, 2009

teater muzikal pak pandir

pak pandir n mak andeh.

kamu ingat lagi tak? alkisah dahulu kala, dongeng rakyat pak pandir, yang teramat-amat pandir. this was one of my fave cerita dongeng.selain si luncai dengan labu-labu nya..n what i hate most is si lebai malang..sebab aku rasa, dia tu malang sangat.. so i chose to go, when they came up with this idea, teater muzikal pak pandir di Dewan Filharmonik, PETRONAS, KLCC. i wont reveal the date, coz sure kamu akan gelakkan aku... *dah sebulan baru nak cerita keee??*

ohh..ceritanya memang sangat-sangat kelakar, selain aku amazed dengan dorg yang boleh berlakon dan menyanyi secara live. gilo?! aku siap tny fazlin, ni betol-betol ke? biasa lah, aku mane pernah pergi teater.ni kali pertama. die cume angguk and senyum,
power kan?

aku?angguk jelah...

walaupun kelakar, aku masih sempat menguap jugak. maaflah peminat teater sekalian.. aku memang tak boleh nak relate tayangan dan nyanyian, aku jadi ngantuk.tapi agak sentap bila mak andeh marah-marah pak pandir cakap pak pandir bodoh, bebal...sedih gila kot masa tu..salah pak pandir jugak, pergi mandikan anak dia dengan air dalam kawah siapa suruh..

kat dalam tu tak boleh ambil gambar, tapi adalah sikit yang aku curi-curi ambil bila persembahan dah selesai.

yang berkain batek itu, mak andeh. mak andeh marah aku pun takut tengok. caya lah!

hensem berbaju pink, pak pandir. gile pandai dia ni berlakon. sgt ade style seorang yg pandir okay..

yang belakang tu, baju kuning watak-watak dalam istana.

ni pulak, whole cast members sekali dengan pengarah penerbit dia.

kawan-kawan aku yang camwhore tak hengat dunia. malas aku nak updet gambar korang banyak-banyak kay! haks

fakri, semangat nikon nampak!

lihat sahaja apa dibelakang ku...

ni baru betul, ade aku skali....